Monday, 28 November 2011

DINAR DAN DIRHAM

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.
“Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya,” lapor Sinar harian.
Beliau berkat demikian pada sidang media selepas Forum Rakyat di sini, kelmarin.
Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali.
Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi,” tambahnya.
Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.
Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.
Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.
Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.
“Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.
“Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat,” katanya.
Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.
Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.
Sumber :Harakah daily




KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

SUMBER : HARAKAH DAILY

BELI EMAS SEBELUM TERLAMBAT

Assalamualaikum ….

Alhamdulillah hari ini seorang hamba Allah ada bertanyakan kepada saya bagaimana pelaburan emas yang saya buat.Mudah,saya kata kepadanya “kamu beli emas,kamu simpan” .Tahniah pada saudara yang bertanyakan tentang pelaburan emas  kerana saudara mula sedar akan kepentingan menyimpan emas…Mesti kalian hairan bukan,kenapa saya katakan tahniah kepada saudara tadi…Jawabnya,kerana saudara tersebut telah sebar betapa besarnya kepentingan menyimpan emas tersebut…Dikala ini,tugas menyedarkan orang ramai tentang perkara yang memberi manfaat berguna amat mencabar sekali…Bukan mudah untuk melaksanakannya…Terutamanya bangsa melayu yang beragama ISLAM..Mereka ini lebih berminat kepada “macam mane ah nak senang, nak kaya tapi duduk goyang kaki kat rumah,,,bangun+makan+tido”  Hanya yang tabah,cekal dan bersabar sahaja yang berjaya mengharunginya…Mudah-mudahan Allah s.w.t letakkan saya dalam golongan ini.
Disini saya ingin ucapkan Jutaan Terima kasih pada rakan-rakan di  Gold Investor Club hasil perkongsian ilmu terutamanya berkaitan EMAS..Kalian doakan,Insyaallah satu hari nanti saya akan sama-sama duduk dan merasai apa yang kalian kecapi sekarang ini..Rezeki Allah Taala ada dimana-mana , yang penting usaha dan tawakal padaNya disamping amanah dalam urusniaga.
Berbalik pada isu kita pada hari ini , beli emas sebelum terlambat..saya pinjam Slogan yang diguna di papan iklan Public Gold “Buy Gold Before It’s Too Late” Slogan ini amat sesuai sekali kerana ramai dikalangan kita asyik menunggu sebelum mengambil tindakan.So diharap slogan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran pada kita semua.So marilah membeli emas sebelum terlambat “Buy Gold , Before It’s Too Late” – Dr Umar Ibrahim Vadillo.Foto Papan Iklan Public Fine Gold International Sdn Bhd.




Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?


dulu harga RM130/g kata mahal, harga RM157/g pun kata mahal....sekarang ni lebih  kurang RM200+-/g pun kata mahal...lepas tu bila la nak beli... makin lama makin naik harga EMAS ni....

PESANAN SEORANG SAHABAT

Pesanan untuk adik-adik dan juga rakan-rakan serta sahabat aku yg belum kawin & nak kawin nanti;-

*mulai sekarang tukar mind set dari menyimpan duit kepada menyimpan DINAR/DIRHAM.

*1 Dinar stiap bulan/1 Dinar stiap 2bln/ 1Dinar setahun
*Bagi yang berkemampuan/ade rezeki lebih simpan lah sekurang2 nya 

*10g/lebih setahun..Insyaallah dimasa hadapan kelak ianya akan membantu anda sedikit sebanyak.

(INGAT PESANAN INI,BIAR PUN HATI ANDA MASIH TERTUTUP UTK MENERIMANYA,DAN IANYA DISAMPAIKAN SEBAGAI AMANAH SERTA TANGGUNGJAWAB SESAMA UMAT)

SEBAGAI TAMBAHAN, PESANAN INI JUGA DITUJUKAN KEPADA KAUM BAPA & IBU YANG MASIH MEMPUNYAI ANAK2 DIBANGKU SEKOLAH...INI MERUPAKAN SATU CARA MUDAH UNTUK MELINDUNGI SERTA MEMBIAYAI PENDIDIKAN ANAK2 DI MASA HADAPAN SEKIRANYA BERLAKU KRISIS EKONOMI KELUARGA.
"
"SEDIAKAN SAMPAN SEBELUM AIR SUNGAI MELIMPAH ATAS DARATAN"


Saturday, 26 November 2011

PERTAMA KALI (proses buat blog)

dah lapo ni,silap la..ni gambo emas......skang ni pandang jer pape pun,mesti nampak "Emas" tu yang tajuk blog pun "bungaEmas" ade Emas jugak kat belakang tu...harap-harap la,dapat selesaikan jugak pembikinan blog pertama ni...Terima kasih pada cikgu slumber (Encik Nasaruddin) kerana sudi mengajar anak murid yang serba kekurangan ni.Dan yang teristimewa kepada isteri tercinta Juhana Shafalis Ismail kerana bersabar atas kerenah suami mu ini dan tidak lupa pada anak-anak tersayang Mohd Danish Nukman dan Nur Batrisya Alya,papa sayang kamu semua.Semangat kehidupan ini semuanya datang dari kamu bertiga.Love u so much