Tuesday, 24 September 2013

Exco kesihatan Melaka

Hari ni Exco kesihatan Negeri Melaka

YB. DATUK HJ. AB. RAHAMAN BIN HJ. AB. KARIM
DMSM., DSM., KMN., BCM., PJK

turun melawat di tapak pembinaan Klinik Desa Kg. On Lok Btg Melaka.

Turut serta dalam lawatan pihak Jabatan Kesihatan Daerah Jasin & JKR Daerah Jasin.

Tuesday, 17 September 2013

Kunjungan Ayahanda & Bonda di Villa Nzbr

Alhamdulillah...

Akhirnya sampai jua Ayah & Bonda aku di teratak buruk tempat aku sekeluarga bertedoh...

Pada hari yang sama sebelum ketibaan mereka,selepas zohor aku buat majlis bacaan yasin & solat hajat..Aku jemput pelajar Tahfiz Madrasah Hj. Jamaah. Dalam 20 orang je..pelajar lelaki tak ramai,yg ramai pelajar perempuan kat Madrasah tu..

Selesai majlis pelajar di jamu dengan makan tengahari..masak simple je, nasi putih + kari daging + ayam masak merah + sayur aca...

Lepas Asar,jamuan utk kawan2 & jiran tetangga..

Monday, 16 September 2013

Hilang seketika

Hampir seminggu aku tak upadate pape dalam blog ni....terlalu sibuk dengan benda yang remeh temeh...nak luang mase 10minit utk meluahkan isi hati pun tak boleh...

Date line projek dah hampir sangat..Projek renovation pejabat JKM Jasin tinggal seminggu je lagi...kerja yg betol2 sakit kepala,melayan kerenah orng yg bukan2 permintaan dia....banyak songeh la pompuan ni.. 

Klinik Desa tinggal lgi 1 bulan...pon mcm orang giler kejarkan progres kerja... boleh kene darah tinggi...

Wednesday, 4 September 2013

Danish & Alya

Hari ni...anakanda aku Danish & Alya turun site...balik sekolah jam 12tgahari atok dia amik & transit kejap kat rumah kesang...Kebetulan masa tu aku tangah punggah kayu tongkat untuk hantar ke site Kg. On Lok... pulak dah,,,kate nya "nak ikut papa pegi keje naik lori"

Nak larang takut banyak hal nanti...jadi ikut la..kejap je,5 minit duduk dalam lori dah lelap...sian pulak aku tengok,,,macam mane la perasaan orang lain yang hidup serba kekurangan...

Usung anak kehulu kehilir cari rezeki...
Aku bersyukur pada Allah,atas nikmat yang dipinjamkan sementara pd aku...