Harini masuk lab untuk macam-macam ujian....
Harap semua berjalan lancar.
Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancarnya,walaupun ade sedikit masalah teknikal di site.
Harini tokey besar Tangkak Quary turun site,sempat jugak la bertekak dengan dia pasal premix yang di supply..
Kerja turapan dah selesai,tunggu hari selasa untuk test cooring & bitemen.
Moga semua berjalan lancar,,,,kalau boleh nak lupekan je pasal jalan dengan JKR ni buat sentara waktu...
Makin lambat selesai,makin meluat aku dengan JKR...semua yang ade dalam JKR aku dah meluat...
Masalah yang dah berlanjutan selama hampir 4 bulan...ini lah penyelesaian terakhir..yang hanya menguntungkan sebelah pihak demi melindungi kedudukan....
Bila pihak yang membuat keputusan lebih mementingkan reputasi kedudukan, penilaian kerja pun jadi berat sebelah.
Yang tersepit adalah aku!!!!!!
Pengalaman yang cukup besar bagi aku...
Hari sabtu lepas...adik beradik aku berkumpul untuk berbuka puasa di pondok aku...Pak cik aku dari KL & sepupu aku daei sg. Udang pon ade.
Penuh rumah & kecoh dengan budak2...Yang paling seronok anak aku la,dapat jumpe sepupu dia..Habis satu rumah di tawap..
Tak tahu nak tulis ape,bagi menggambarkan perasaan yang buak2 dalam diri ni.Hari ni memang cukop tertekan dengan masalah yang dah lama berlarutan.
Terasa macam terinaya jugak.Tekanan yang aku dapat cukop membuatkan aku hilang semangat.Tapi alhamdulillah kerana masih ada lagi rakan2 yang bagi semangat.
Bulan yang memberi seribu cabaran & dugaan.
Salam hujung minggu...
Aktiviti untuk hujung minggu kali ni takde yang menarik.Banyak habiskan masa isi borang sebutharga,sambil2 tengok kan Muhammad Adam Rifqi.Selalunye Danish @ Alya yang tengok kan,tapi dua beradik tu takde.Ada di rumah nenek dia di Kg.Kesang Tua.Pasal sepupu sepapat dia ramai kat sana.Jadi aku cume tiga beranak je yang ade di pondok baru ni.
Pagi ni budak2 aku siap kan polycarbinet anjung rumah yang dah lame terbengkalai.Maka selesai lah sebahagian dari perancangan renovation rumah.
Masih banyak lagi yang tak buat,ade duit sikit aku buat sikit.Ade banyak,buat lah banyak.
Sebahagian gambar
Salam...
Alhamdulillah, hari yang ke-4 kita berpuasa.Hari ni takde aktiviti yang menarik,memerap je kat rumah.sambil mengadap TV je.
Petang ni aku anak beranak berbuka di rumah mertua aku merangkap keluarga mem besar aku....;)
Macam biasa,juadah simple je,,,,orang kampung dengan kesederhanaan nye.
Riuh sikit rumah mertua kali ni,anak anak aku dah jumpe dengan sepupu sepapat dia...menjerit ler gamak nye..
Aku ucapkan selamat berbuka puasa..
Bismillah.........
Salam...
Hari ke-3 puasa,,
Pagi-pagi lagi dah turun Pantai Puteri untuk site visit RP4.Tak ramai yang datang,tapi dalam senarai kedatangan ramai pulak..Agak nya diorang ni bawak saka masing2 kot.
Selesai je site visit terus ke JKR Jasin,selesai kan urusan yang tertangguh hampir 3 bulan dah.Memang memeningkan kepala sungguh.
Tangguh kerja untuk solat Jumaat di Masjid Kg. Rim
Jam 3petang site visit di Bandar Jasin Bistari pulak.Pun keadaan yang sama jugak,tapi kali ni hantu raya pulak ramai.Lantak kau lah labu...rezeki masing2.
Sekali lagi naik JKR,sambung urusan tertangguh..Nampak nya dah nampak jalan penyelesaian yang dicari.Mudah-mudahan selesai seperti yang diharapkan.
Jam 4.15 gerak ke site Kg. On Lok.Masih lagi dengan kerja penggalian.Kerja-kerja besi pun dah mula jalan.
Sebahagian gambar di site