Salam...
Hari ke-3 puasa,,
Pagi-pagi lagi dah turun Pantai Puteri untuk site visit RP4.Tak ramai yang datang,tapi dalam senarai kedatangan ramai pulak..Agak nya diorang ni bawak saka masing2 kot.
Selesai je site visit terus ke JKR Jasin,selesai kan urusan yang tertangguh hampir 3 bulan dah.Memang memeningkan kepala sungguh.
Tangguh kerja untuk solat Jumaat di Masjid Kg. Rim
Jam 3petang site visit di Bandar Jasin Bistari pulak.Pun keadaan yang sama jugak,tapi kali ni hantu raya pulak ramai.Lantak kau lah labu...rezeki masing2.
Sekali lagi naik JKR,sambung urusan tertangguh..Nampak nya dah nampak jalan penyelesaian yang dicari.Mudah-mudahan selesai seperti yang diharapkan.
Jam 4.15 gerak ke site Kg. On Lok.Masih lagi dengan kerja penggalian.Kerja-kerja besi pun dah mula jalan.
Sebahagian gambar di site
No comments:
Post a Comment